Galipotku Chubby: Just Want To Say T_T

Dengan lafaz keramat,
Bismillahirrahmannirrahim,
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani,
GC titipkan segala-galanya, bermain dan menari dengan kata-kata,
Salam ukhuwah dihulurkan kepada follower yang tersayang dan pelawat yang sudi singgah... TQVM..
Insyaallah, selagi diberi kesempatan menghirup nafas di muka bumi ini dan tiada aral melintang, GC akan setia update blog ini untuk tatapan anda semua...

Truly from the Heart: GC and Inc. Corporation.

Pengikut GC Paling Chenta ^_^

Jom Intai Galipotku Chubby T_T

Showing posts with label Memori Tercipta. Show all posts
Showing posts with label Memori Tercipta. Show all posts

Saturday, February 26, 2011

GC Menari Kata 7: Berakhirnya Suatu Penantian Dan Kesengsaraan T_T

Assalamualaikum w.b.t GC ucapkan kepada semua yang melawat laman blog ini, 
Terima kasih kerana sudi singgah walaupun sekejap..
Macam biasa, sebelum tidur, GC takkan senang hati kalau tak post kat blog ni dulu... So, petang tadi GC sudahpun selamat sampai di rumah. Rindu rasanya kat semua orang [baru je tak balik 2 minggu, tapi macam dah tak balik bertahun2.. melampau..].


Lokasi: Di kampung halaman GC di Kg.Daching, Lenggeng, N.Sembilan [rumahku, syurgaku..].
Hari: Sabtu..
Masa: 12:53 am.
Tarikh: 26.2.2011



Errmm... Fuhhh.. Menarik nafas lega GC sekarang ni.. Akhirnya tempoh 3 hari night shift untuk praktikal tamat jua. Alhamdulillah, syukur kepada Allah s.w.t kerana GC dan rakan-rakan yang lain dapat menyempurnakan tempoh praktikal ini dengan jayanya.. Thank you Allah!!!.. Tiada sebarang kejadian yang ganjil dan tidak diingini berlaku.. Syukur.. Kalau sahabat2 semua nak tahu, hari kedua GC and rakan2 yang lain, ada satu kisah yang agak menyeramkan.. U all semua berani ke nak dengar citer GC ni?? Macam biasa, selepas habis buat semua benda, settle everything, GC dan kawan2 akan pergi break dalam lingkungan pukul 1am-2am. So, tempat lepak kitorang kat pantri@bilik sediakan makanan pesakit.. So, kami akan makan supper and hilangkan penat lelah kat situ lar.. Kawan girl saya [Miss I] pon cakap dekat sorang staff nurse yang kitorang nak pergi break dulu..




Miss I: Staff nurse, kami nak pergi break dulu ni.. Boleh?
Staff Nurse: Errmmm.. Okey.. U all pergi lar rest dulu k.. Kakak x nak lar dera u all buat kerja pulak.. U all nak rehat kat mane?
Miss I: Kitorang makan kat pantri lar.. Errmm.. Kenapa?
Staff Nurse: Ohhh... U all tak "takut' ker makan kat situ? Makan je lah dekat dalam bilik rawatan ni? [Bertanya sambil buat muke tak bersalah..]
Miss I: #*/#$#@&^$##$*$.... [Terpaku..!]...
[Perbualan ini disaksikan oleh GC and Mr.R[classmate lagi sorang]..

So, kami pun melangkah pergi ke oantri.. Terdiam sejenak semuanya.. Tiba2 Miss I membuka mulut... lalu berkata:
Miss I: Saya rasa tak sedap hati pulak.. kenapa staff nurse tu cakap pasal tu? Saya dah mula berfikir bukan2..
GC: Alahhh.. Cube tengok kat tingkap tuh... Bnyak orang.. Pak Guard melambak-lambak.. Polis pon ada jaga kat pintu masuk.. [GC saja cakap macam tu.. Nak menyenangkan hati semua orang.. sedangakan "benda tu" bila2 aje boleh datang.. polis wataniah pon bioleh tewas...GC pon dah seram sejuk time tuh sebenarnya]..
Mr.R mencelah...
Mr.R: Alah bha [orang Sabahan].. Buat apa mau takut.. Rileks saja.. Hospital mana ada apa-apa [menunjukkan keegoan sebagai seorang lelaki ar kunun.. Pirahhhh..].
Samapai je kat pantri, GC membaca banyak2 doa dan kalimah Allah s,w,t dalam hati.. Takut2 jugak.. Minta Allah s.w.t jauhkan semuanya yang tak diundang..]..
Alhamdulillah, semuanya ok.. Kami makan dengan penuh khusyuk.. Senyap dan sunyi sepi .. Tak seperti malam sebelumnya. !5 minit berlalu, kami segera meninggalkan pantri itu dengan secepat mungkin.. Tak senang hati duduk situ lama2 walaupun penat dan lelah belum hilang lagi... Fuhh...


p/s: Rasa tertekan and stress dengan staff nurse yang cakap benda tu.. Nasib baik semuanya ok. Sabar je larh.. Cara dia cakap macam tu, mcm dialog cerita seram taw.. meremang kot bulu roma... Tamat cerita pasal tu..

Cuma, ada beberapa kesan untuk 3 hari berturut-turut shift malam ini:
Quality tidur GC terjejas.. Balik pagi2, bukannya dapat tidur.. Kepala jadi pening..
Kaki melecet, sakit dan lenguh [badan GC berat sangat kot.. Banyak berjalan, tanpa henti!!.. kurus GC kalo shift malam setahun ni.. Hehehe].
Tanda-tanda/simptom-simptom untuk demam mula kelihatan.. Arrgghhh.. [Nasib baiklah GC skarang ni kat umah.. bolehlah bermanja-manja ngan mak..].
But, banyak juga yang GC boleh belajar bile buat shift malam ini. Gc dapat mengendalikan beberapa keadaan pesakit yang kritikal. GC dapat jaga pesakit di kubikal akut. Kalau buat shift pagi, sister takkan allow kitorang masuk kubikal akut tuh. Kononnya, untuk safety precautions. kedekut!..
Banyak benda GC boleh belajar, suasana tak sibuk and kelam kabut dengan bermacam2 situasi.. Dapat mengenali and merapatkan hubungan dengan staff nurses yang lain bile buat shift malam..
GC and classmate pun dapat buat kerja dengan aman dan tenteram. Best jugak.. So, night duty has its advantages and disadvantages.. Is it fair?
Beberapa photo sempat kami snap2 time pukul 2-3am dalam ward.. Time ni memang dah free.. Patients pun semua dah membuta.. Check it out k..

Saksikan senarai pelakon-pelakon yang membintangi sinetron seram romantik:

GC: Sebagai hero pertama...

Miss I: Sebagai heroin dalam sinetron ini.. Selalu mengeluarkan ayatyang pelik-pelik.. Seperti: Ehhh.. Ape ni? [dengan riak muka yang tak bersalah]

Mr.R [berasal dari Sabah. merangkap hero yang kedua, bersikap ego dan sombong..]
Tidur, tidur... Miss I sampai tak sedarkan diri..

Dari pandangan sisi tepi.. Tidur lah kamu.. Hahahaha..
Miss I pada malam yang pertama.. Masih cergas dan aktif..

This entry was closed for any editing [GC, 26/2/11, 1:37am]...

Wednesday, February 23, 2011

GC Menari Kata 5: Budak Comel @ Gallipot Junior (T_T)

Photo 1: Credits to my roomate, Azlan, for giving me Picasa software in editing this image! GC like this photo ^_^

Assalamualaikum w.b.t. kepada semua pelawat-pelawat laman sesawang GC yang disayangi [ceh..ceh.. ayat manis]...

Malam td dah buat night shift, balik je hostel terus mencari katil dan comforter kesayangan. Dan terbungkang macam badak air [upppss.. jatuhkan saham sendiri nampak].

Tup.. tup... bangun pukul 12 setengah tengah hari, makan brunch pas2 pon online facebook and usha2 blog GC.. Mana lah tahu ada perkembngan terbaru ker, comments ker, or new follower ker? Malangnya, meleset.. Follower tu ada lar due orang.. No comments received. Sedihh [Maybe, GC punyer entry tak berapa menarik kot.. GC bukan artis terkenal ke, Badboy group ke, Korean artist ker.. [Tak kesah, asalkan aku happy].

Nak tidur balik kejap lagi, tp nak jugak update blog ni before membuta atas katil kesayangan.. Errmm.. malam ni GC kena buat night shift lagi.. Fuhh.. letih siot kata ko...

Kalau sahabat2 semua nak tau, GC dah ade Gallipot junior taw. Gallipot Jr. Fuhh.. Smart gile seyhh.. Comel budak ni.. [tengok la Uncle dia siapa kan?]..

Muhammad Danish Furqan, dilahirkan pada 6 Disember 2010, hari Isnin [malam Awal MUharram].. Dilahirakn seberat 2.9kg di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban. [GC lagi berat lagi.. hahaha]..

Alhamdulillah, dipanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah s.w.t kerana dengan limpah rezeki mengurniakan keluarga GC seorang lagi ahli baru dalam keluarga kami menggantikan pemergian Muhammad Adam Zaquan yang telah meninggalkan kami lebih awal dari masanya [abang kepada Danish yang meninggal dunia disebabkan keguguran ketika berusia 7 bulan kandungan. Al-Fatihah..].

Diharap, dengan kelahiran Danish, dapat memberi seribu erti kenahagiaan dan rahmat barakah kepada seluruh ahli keluarga GC.. Amin Ya Allah..

Di bawah, diselitkan beberapa foto terkini Muhammad Danish Furqan Bin Mohd Iziwan.^_^

Photo 2: Ini photo yang diambil semasa Danish baru sahaja dilahirkan. [Merah je lagi muka dia tuh].

Photo 3: Tengok tu, dah pandai nak bukak mata pulak. Menguap nak tidur.
Photo 4: Amboi.. Bahagia betul budak Danish ni. Geram GC tengok. Bnyak cantik sambil saloon rambot boleh disuap botol susu kat mulot. Bertuah punya budak T_T

Photo 5: Comel Credits to this photo. Sabar menunngu.. Good boy.!

Photo 6: Hahahaha.. Handsome kah saya? Bangga betul rambut dah licin...

Photo 7: Gallipot Jr @ Danish Furqan
Photo 8: Danist tiba di kampung setelah duduk kat Serting selama 2 bulan. Melepaskan rindu GC and family kat budak Danish ni..
Photo 9: Seronoknya tengok dia tidur.. Rasa macam mau picit2 saja pipi dia.. Tembam dan memang chubby..
Photo 10: Ala busuk masam... Kesian kena mandi dengan nenek.. Nenek pun teringin jugak nak mandikan Danish. Dah lame yer tak mandikan budak kecik....

Photo 11: Danish buat muka kasihan.. Mintak dikeluarkan dari basin mandi dia. Sejuk ye? Danish busuk kena mandi bagi wangi.. T_T
Photo 12: Pesanan: Gambar ini tidak sesuai ditonton oleh kanak-kanak berumur bawah 18 tahun.. Bagus.. Danish tahu malu. Tutup tempat private. Mana boleh kasi tengok sama orang!!!.
Photo 13: Danish bersama nenek tersayang, Norsabariah binti Omar. Suka lar ada orang mandikan dia. Manja lar konon..


This entry will be continued [GC, 24/2/11, 1:57PM]....