Galipotku Chubby: Just Want To Say T_T

Dengan lafaz keramat,
Bismillahirrahmannirrahim,
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani,
GC titipkan segala-galanya, bermain dan menari dengan kata-kata,
Salam ukhuwah dihulurkan kepada follower yang tersayang dan pelawat yang sudi singgah... TQVM..
Insyaallah, selagi diberi kesempatan menghirup nafas di muka bumi ini dan tiada aral melintang, GC akan setia update blog ini untuk tatapan anda semua...

Truly from the Heart: GC and Inc. Corporation.

Pengikut GC Paling Chenta ^_^

Jom Intai Galipotku Chubby T_T

Wednesday, February 23, 2011

GC Menari Kata 5: Budak Comel @ Gallipot Junior (T_T)

Photo 1: Credits to my roomate, Azlan, for giving me Picasa software in editing this image! GC like this photo ^_^

Assalamualaikum w.b.t. kepada semua pelawat-pelawat laman sesawang GC yang disayangi [ceh..ceh.. ayat manis]...

Malam td dah buat night shift, balik je hostel terus mencari katil dan comforter kesayangan. Dan terbungkang macam badak air [upppss.. jatuhkan saham sendiri nampak].

Tup.. tup... bangun pukul 12 setengah tengah hari, makan brunch pas2 pon online facebook and usha2 blog GC.. Mana lah tahu ada perkembngan terbaru ker, comments ker, or new follower ker? Malangnya, meleset.. Follower tu ada lar due orang.. No comments received. Sedihh [Maybe, GC punyer entry tak berapa menarik kot.. GC bukan artis terkenal ke, Badboy group ke, Korean artist ker.. [Tak kesah, asalkan aku happy].

Nak tidur balik kejap lagi, tp nak jugak update blog ni before membuta atas katil kesayangan.. Errmm.. malam ni GC kena buat night shift lagi.. Fuhh.. letih siot kata ko...

Kalau sahabat2 semua nak tau, GC dah ade Gallipot junior taw. Gallipot Jr. Fuhh.. Smart gile seyhh.. Comel budak ni.. [tengok la Uncle dia siapa kan?]..

Muhammad Danish Furqan, dilahirkan pada 6 Disember 2010, hari Isnin [malam Awal MUharram].. Dilahirakn seberat 2.9kg di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban. [GC lagi berat lagi.. hahaha]..

Alhamdulillah, dipanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah s.w.t kerana dengan limpah rezeki mengurniakan keluarga GC seorang lagi ahli baru dalam keluarga kami menggantikan pemergian Muhammad Adam Zaquan yang telah meninggalkan kami lebih awal dari masanya [abang kepada Danish yang meninggal dunia disebabkan keguguran ketika berusia 7 bulan kandungan. Al-Fatihah..].

Diharap, dengan kelahiran Danish, dapat memberi seribu erti kenahagiaan dan rahmat barakah kepada seluruh ahli keluarga GC.. Amin Ya Allah..

Di bawah, diselitkan beberapa foto terkini Muhammad Danish Furqan Bin Mohd Iziwan.^_^

Photo 2: Ini photo yang diambil semasa Danish baru sahaja dilahirkan. [Merah je lagi muka dia tuh].

Photo 3: Tengok tu, dah pandai nak bukak mata pulak. Menguap nak tidur.
Photo 4: Amboi.. Bahagia betul budak Danish ni. Geram GC tengok. Bnyak cantik sambil saloon rambot boleh disuap botol susu kat mulot. Bertuah punya budak T_T

Photo 5: Comel Credits to this photo. Sabar menunngu.. Good boy.!

Photo 6: Hahahaha.. Handsome kah saya? Bangga betul rambut dah licin...

Photo 7: Gallipot Jr @ Danish Furqan
Photo 8: Danist tiba di kampung setelah duduk kat Serting selama 2 bulan. Melepaskan rindu GC and family kat budak Danish ni..
Photo 9: Seronoknya tengok dia tidur.. Rasa macam mau picit2 saja pipi dia.. Tembam dan memang chubby..
Photo 10: Ala busuk masam... Kesian kena mandi dengan nenek.. Nenek pun teringin jugak nak mandikan Danish. Dah lame yer tak mandikan budak kecik....

Photo 11: Danish buat muka kasihan.. Mintak dikeluarkan dari basin mandi dia. Sejuk ye? Danish busuk kena mandi bagi wangi.. T_T
Photo 12: Pesanan: Gambar ini tidak sesuai ditonton oleh kanak-kanak berumur bawah 18 tahun.. Bagus.. Danish tahu malu. Tutup tempat private. Mana boleh kasi tengok sama orang!!!.
Photo 13: Danish bersama nenek tersayang, Norsabariah binti Omar. Suka lar ada orang mandikan dia. Manja lar konon..


This entry will be continued [GC, 24/2/11, 1:57PM]....

No comments:

Post a Comment