Galipotku Chubby: Just Want To Say T_T

Dengan lafaz keramat,
Bismillahirrahmannirrahim,
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani,
GC titipkan segala-galanya, bermain dan menari dengan kata-kata,
Salam ukhuwah dihulurkan kepada follower yang tersayang dan pelawat yang sudi singgah... TQVM..
Insyaallah, selagi diberi kesempatan menghirup nafas di muka bumi ini dan tiada aral melintang, GC akan setia update blog ini untuk tatapan anda semua...

Truly from the Heart: GC and Inc. Corporation.

Pengikut GC Paling Chenta ^_^

Jom Intai Galipotku Chubby T_T

Showing posts with label Lurve is Cinta. Show all posts
Showing posts with label Lurve is Cinta. Show all posts

Sunday, March 13, 2011

GC Menari Kata 16: GC Punya U All!!! T_T


Video Clip 1: Faizal Tahir: Ku Punya Kamu...

Assalamualaikum w.b.t GC ucapakan kepada follower kesayangan dan pelawat GC yang dihormati...
Masih dalam mood mencari dan mendengar lagu terbaek dan terhebat untuk dijadikan halwa telinga GC ini...
Lagi satu lagu, yang berjaya menawan gegendang telinga GC ini, nyanyian lantang dan bertenaga daripada penyanyi lelaki kesayangan ramai, Faizal Tahir [FT] dengan lagu Aku Punya Kamu.. Memberi makna yang begitu mendalam, love song, motivated, and good music arrangement.. Lagu ini memang jarang-jarang diputarkan di corong radio, mungkin kurang permintaan daripada pendengar. Dibandingkan dengan lagu-lagu top yang lain seperti Selamat Malam, Adrenalin dan Superhero.. 
Tapi, bagi pendapat GC, lagu ini adalah yang paling meaningful berbanding dengan lagu-lagu FT yang lain.. [Maybe GC memang suka lagu yang mood cintan-cintun kot..]

Macam biasa, GC dah share video kat atas tu daripada Mr.YouTube.. TQVM.. So, lepas ini korang bolehlah tangkap lentok lagu ini sambil nak melalak tengah-tengah malam buta.. GC pon ada selitkan lirik lagu ini dekat bawah.. So, sesiapa yang tengah fall in love, nak copy cat lirik tu jadi mesej korang nak antar dekat kapel masing2 pun boleh.. Dipersilakan.. Semoga berjaya... Jiwang karat selalu ok *_^





LIrik lagu: Ku Punya Kamu
Saat kau tersenyum
Saat itu kau memberi

Saat ku rasa bahgia

Selama ku tersenyum
Selama itu ku memberi

Selama yang kamu di sini

Namun ku bicara hanya pada
Bulan dan suria tak ku punya cara
Untuk menyatakan cinta


Dan kamu hanyalah satu
Ku mahu ada kamu saja
Bisaku menunggumu
Selamanya aku milikmu
Takkan pernah lelahku menunggu
Hingga aku punya kamu

Sesaat aku tiada
Saat itu yang ku rasa
Saat hidupku terlena

Selama yang kau ada
Selama itu ku rasa
Selama hidupku bahagia

Namun ku bicara hanya pada
Bulan dan suria tak ku punya cara
Untuk menyatakan cinta

Dan kamu hanyalah satu
Ku mahu ada kamu saja
Bisaku menunggumu
Selamanya aku milik mu
Takkan pernah lelahku menunggu
Hingga aku punya kamu

Selama yang pernah
Ku merasa belum ada rasa yang ku rasa ini
Fahamilah cinta ku lebih dari cinta
Tiada mungkin akukan teruja
Andai bukan kamu yang dihadapanku
Bisaku buktikan pada kamu

Yang kamu hanyalah satu
Dan tak pernah lelah ku menunggumu
Hingga aku punya kamu
Selamanya
Aku milikmu

Takkan pernah lelah ku menunggu
Hingga punya kamu


GC pun ambil kesempatan untuk menguploadkan beberapa photo terbaek Mr.FT kita ni.. TQVM to Mr Google koz bagi GC gambar-gambar yang paling best...  So, sesiapa yang rindukan FT, bolehlah lepaskan rindu korang semua kat sini... Nak bagi kiss pun ok.. Kirikamkan dekat ruang yang diberikan ok.. Nanti GC postkan dekat FT..... Huhuhuhu [_._._._._._._._._] Cepat2x.. Limited spaces.. T_*...
Photo 1: Faizal Tahir dengan gaya rockstarnya.. memang sesuai dengan penampilan beliau yang sempoi...
Photo 2: Gambar semasa short hair cutting.. Nampak sweet... Maintain gorgeous...
Photo 3: Termenung jauh... Perjalanan karier yang masih panjang...





Photo 4: Cool ketika ditemu bual oleh wartwan hiburan Caya lah bro!!!!

Mengenai Diri Insan Yang Bernama Faizal Tahir

Nama  : Ahmad Faizal Mohd Tahir
Tarikh dan Tempat Lahir : 6 October 1978 , Kuala Lumpur
Zodiak: Scorpio
Isteri  : Siti Raihanim Noran
 Anak: Mikaeel Zidane (M) , Siti Raudhah Nur Iman (F) , bayi lelaki yang baru dilahirkan (18 Feb 2009)
 Tinggi : 170cm

 Ayah: Dr. Mohd Tahir B. Abdul Rahman
 Ibu: Hjh. Muzlipah Aishah Bt. Pa'wan Teh
 Adik-beradik : 7, anak yang ke-2

Profession: Singer / Penyanyi , Songwriter / Penulis lagu
Education / Pendidikan : Diploma Sebaran Am Universiti Teknologi Mara, Shah Alam

Hobbies / Hobi : Songwriting , football
Favorite singer :
Gavin DeGraw, Sting, Steven Tyler, Michael Bolton
Favorite actor: Johnny Depp
Football team : Liverpool

Pencapaian Terbaik:

One In A Million
  • 1st Runner-Up
Planet Music Awards 2008
  • Best New Male Artiste
  • Most Popular Male Artiste
Anugerah Industri Muzik 15
  • Best Vocal Performance In Album (Male)
  • Best New Artiste
  • Best Rock Album (Aku.Muzik.Kamu)
  • Best Album (Aku.Muzik.Kamu)
Anugerah Juara Lagu 23
  • Best Performance (Sampai Syurga)
  • Best Vocal (Sampai Syurga)
  • Ballads Category Winner (Sampai Syurga)
Photo 5: I like this photo most.. Wink2x... *_*
Photo 6: Sessi photography..Untuk cover majalah hiburan...
Photo 7: FT tidak akan menghampakan peminat di atas pentas... begitu energetic.. Sebab itulah FT berjaya kekal hingga sekarang... Syabas beteh.. T_T
Good luck kepada Faizal Tahir dalam kejayanya dan apa jua yang dilakukannya. Jangan mudah berputus asa ok.. GC doakan semoga FT berada dalam rahmat Allah s.w.t. selalu.. Amin.. I like ur style and voices.... Keep it up ok!!!!... *_^

Thursday, February 24, 2011

GC Menari Kata 6: A Journey of Life

Photo 1: Never say Never the Words of "Give-Up'..^_^


Assalamualaikum w.b.t. GC tujukan kepada semua visitor-visitor yang dihormati dan dikasihi sekalian...

Tepat jam pukul 2:15 petang, GC mula click button new post untuk menambah kan lagi koleksi or blog archive untuk tatapan sahabat-sahabat semua. So, next time kalau terasa bosan tahap gaban, rajin2 lar melawat blog GC ni.. Menziarahi tu kan amalan yang mulia. nanti leh tanya2 khabar GC skali.. [Hehehehe]..

Fuhh, penat sesangat malam tadi. Gc punya turn untuk jaga kubikal akut malam tadi. Banyak benda yang GC harus buat kat patients di dalam kubikal akut tu. Dengan closed monitoring observation, glucose monitoring, GCS observation dan macam-macam lagi lar.. Senang cerita [kalau tak paham menatang apa yang GC cakap td tu, buat2 paham aje ye]..

Malam ni last time untuk night shift.. Tak sabar rasanya mau habiskan shift malam ni. Terseksa jiwa dan raga ni. Nak membuta dalam ward tak boleh, takut staff nurses komplen kat sister nanti. Tak pasal-pasal nanty, GC and the geng kene torture ngan CI nanti. Nak tidor pun, kene cover2 line. Sedih kan???

Entri kali ni, bukan lah nak citer al-kisah GC buat shift malam.. [panjang kan muqaddimah GC?] Tapi, nak stolly molly sikit pasal satu lagi drama Japan yang GC memang minat and salute habes!!!.. Nak dijadikan cerita, GC teringat al-kisah seorang pesakit yang GC jaga malam td kat kubikal akut.. Identiti dirahsiakan [confidentiality not be disclose], patient ini masih muda lagi, lingkungan unur 20 tahun, lelaki and berbangsa Melayu.. tersentuh jiwa dan perasaan di hati GC ni.. Pelbagai perkara yang berlegar-legar di benak fikiran ini.. Sayu dan hiba hati ini apabila melihat si ibu setia menemani si anak dengan penuh sabar dan harapan agar anaknya dapat pulih seperti remaja lain yang seusianya. GC turut berkongsi perasaan simpati terhadap nasib patient tuh.. Macam mane dengan masa hadapan dia? Sampai bila dia akan bergantung bantuan daripada ibunya? Bolehkan dia memiliki isteri dan membina sebuah keluarga? [Tak dapat nak dibayangkan segala persoalan itu.. Bergenang air mata apabila diingat kembali]. Ayuh!!.. Sahabat GC semua, kita doakan Allah akan memberi jalan yang terbaik untuk pesakit ini dan semoga cepat sembuh untuk meneruskan hidup yang masih panjang seperti sediakala.... Aminnn.

Photo 2: Beberapa scene yang begitu menyentuh perasaan dan memeberi kesan yang mendalam di jiwa GC.. Thumbs up for all the crews.
 Berkait dengan kisah patient GC tadi, mengingatkan GC tentang sebuah drama bersiri Japan yang memang GC kagumi dan favourites sangat. GC bagi ranking 5/5 starz untuk diz drama. 1 Litre of Tears tajuk drama ini diberi.. Kalau sahabat2 semua dah tonton drama ini, pasti sahabat jugak akan menitiskan 5 kali ganda liter air mata. Suka GC tengok drama ni. Sampai hari ini, GC dah menonton lebih kurang 5 kali dengan menitiskin berbaldi-baldi air mata apabila setiap kali GC tengok kat Lappy kesayangan GC [nama lappy GC adalah Huggy.. Baru jer bagi name ni..]..


Photo 3: Main actors, Heroin and Hero T_T


Al-kisahnya hampir serupa [quite similar] dengan kisah patient GC td. Menghidapi penyakit kronik di usia muda adalah sesuatu fakta yang sukar diterima baik bagi pihak diri sendiri atau ahli keluarga yang lain.. memang pepatah ada mengatakan berpantang maut sebelum ajal. Penyakit sekarang telah dimodenised mengikut peredaran masa dan zaman. Tidak mengira usia muda atau tua. [contoh yang paling dekat, cataract selalu dikaitkan  dengan peningkatan usia, penghidap diabetis yang kronik.. Tetapi, GC sendiri baru saja lepas buat pembedahan mat kanan disebabkna cataract sedangkan GC masih muda dan mentah [sweet 21 lagi kot.. Hahaha].. So, jangan cakap usia muda, kita tak perlu beringat. Ok!]..
Photo 4: Family is Everything....


Disaat dan ketika itu, sokongan moral dari kelurga amat diperlukan. GC kagum dengan nilai-nilai kehidupan yang ditonjolkan dalam drama bersiri Japan itu. Sesungguhnya, keluarga itu adalah orang yang paling rapat dan kenal tentang perasaan kita. So, utamakan keluarga dari girlfren or boyfren kamu semua k... Huhuhu..


Photo 5: Beberapa photo Aya yang begitu comel untuk tatapan sahabat2 GC semua. Jangan copy cat plak ok!... T_T
Photo 6: Sweet!!! Kan best kalau diorang betul2 couple kat dunia realiti..

Photo 7: Haruto berjaya membawa watak hero yang sangat berkesan dan mendalam bagi diri GC..

Photo 8: Mengisahkan tentang Haruto seorang yang begitu menyayangi haiwan dan alam semula jadi. [Haruto bersam anjing peliharaan Aya, Ganmo]..

Photo 9: Nothing to say.. Just nice..

Semangat yang ditunjukkan oleh Aya[pesakit@heroin] yang menghidap penyakit Spinocerebellar Athrophy [betul ke spelling ni.. hentam je..] untuk menempuh hari0hari yang sukar begitu menyentuh perasaan dan jiwa ini. Tidak pernah mengenal erti putus harapan dan menyalahkan takdir sehingga hari terakhirnya untuk bernafas di muka bumi in..
Photo 10: True Love VS Fake Love.
Photo 11: I hate so much this guy!
Mengenai persoalan cinta, ditunjukkan dengan begitu halus dan berkesan apabila disini berlakunya rejection or avoidance daripada oarng yang kita cintai atau sayangi. Cinta ayng tulus dan sejati hanya akan berlaku apabila seseorang itu akn bersama dengan kita di waktu senang dan sukar, normal atau cacat, suka atau sedih.. [Geram dengan senpai yang bengong.. Bila orang dah sakit, buang suka hati macam sampah!!!].

Banyak yang GC dapat pelajari daripada drama ini, semuanya tentang nilai kehidupan.. "Never say give-up!!!"... Teruskan usaha dalam menempuh hidup yang penuh mencabar.. Syukurilah apa yang kita miliki sekarang ini sebelum ianya ditarik oleh Allah S.W.T.. Jangan persiakan segala nikmat dan kesempaatn yang telah diberi dan gunakanlah ia untuk kebaikan diri sendiri dan insan sekeliling..

This entry was updated. The end!!! [GC, 25/2/11, 10:36PM].













Tuesday, February 22, 2011

GC Menari Kata 3: Cinta dan Anugerah

Assalamualaikum pembuka bicara sebelum madah ditebar selebarnya...

Entri kali ini agak janggal dan pelik bagi diri GC.
Mane tak nyer, "Cinta".. Apa tuh? Secara jujurnya [pengakuan berani] GC tidak pernah sama sekali falling in love.. Cinta monyet tu memang ada. Sebagai manusia yang mempunyai hati dan perasaan, pasti lar GC pernah menyukai dan menyayangi someone kan?

Introducing: Ketika Cinta Bertasbih ^_^
 Mungkin entri mengenai cinta ini tercetus disebabkan lately GC memang tangkap layan lentok ngan satu movie ni. Ketika Cinta Bertasbih sinetron dari Indonesia yang telah diadaptasi dari sebuah novel hasil nukilan daripada cetusan idea Habiburrahman El Shirazy. Ternyata adaptasi daripada novel yang mendapat pengiktarafan jualan naskah terbanyak mampu membawa filem ini di mercu kajayaan bagi pengarah dan semua krew-krew yang terlibat. Filem arahan Chaerul Umam ini membuka mata GC tentang ketulusan cinta yang suci daripada Illahi menerusi sudut pandang Islam yang begitu menyentuh jiwa dan perasaan.

Credits to the filem director and all the crew untuk scene-scene yang begitu menarik dan indah. Disini, GC dapat menyelami keadaan sebenar yang berlaku kepada semua pelajar yang menuntut di Al-Azhar, Mesir. Socio-budaya, kepercayaan dan tradisi masyarakat Mesir dapat diperlihatkan di dalam setiap scene filem ini. Congrats.

M. CHOLIDI ASADIL ALAM as KHAIRUL AZZAM
Fakta menarik: Dilahirkan pada 30 Mac 1989 [sebaya dengan GC rupenya.. Kihkihkih..] di Pesuruan, Indonesia. Setelah lulus SMA di Jakarta tahun 2007 lalu, ia memilih untuk mendalami agama di Pondok Pesantren Darul Islah.
Tinggi 185cm dan berat 80kg. Pencapaian terbaik: Juara I Peragaan Busana Muslim Jombang [th.2000], Juara I Cak&Yuk Cilik Kab. Pasuruan; Juara I Peragaan Busana Muslim se-Jawa Timur [2001]; Juara I Duta Olahraga DKI [2005]; Duta Wisata Pulau Seribu; Juara I Liga Sepak Bola Pelajar Jak-Sel; Juara II Karate Se-DKI [2006]; Juara I Turnamen Voli Tingkat SMU [2006 & 2007].

OKI SETIANA DEWI as ANNA ALTHAFUNNISA
Fakta Menarik:  
Dara kelahiran Batam 13 Januari 1989, awalnya mendaftar untuk memerankan karakter Husna. 
Oki adalah seorang mahasiswi semester 3 di Sastra Belanda Fakultas Ilmu Budaya Universitas Indonesia. 
 Pencapaian Terbaik: Putri Bunga Argadia Tingkat Nasional di Jakarta; Unggulan Covergirl Aneka Yess [2003]; Princess Fotogenic Hotel Mulia Panorama Batam [2004]; Juara I Busana Muslim “Anak Negeri Lancang Kuning” se-Kepulauan Riau; Juara II Speech Contest tk. SLTA se-Jabodetabek PPPG Bahasa, 2nd Winner Debating Constest tk. Provinsi Jawa Barat [2005]; Mahasiswa Baru Terbaik “Orientasi Kehidupan Kampus” UI [2007]; Aktris Terbaik Festival Teater “Petang Kreatif” FIB UI 2008.



ANDI ARSYIL RAHMAN PUTRA as FURQAN
Fakta Istimewa:  
Berasal dari Makassar kelahiran 15 September 1987. Mahasiswa di STIMIK Dipanegara, juga sebagai Duta Pariwisata Kota Makassar. Pencapaian Terbaik: Juara 3 Lomba Fisika “The Most Creative Student”; Juara I Wajah IT; Juara I Duta Kawasaki [2007]; Busana Terbaik ke-2 Lomba Busana Adat tk. Nasional di TMII; Juara I Pemilihan Dara & Daeng [2008]; Juara II Pemilihan Model Makassar Terkini; Duta Pariwisata Kota Makassar Sulawesi Selatan.

ALICE SOFIE NORIN as ELIANA PRAMESTHI ALAM
Fakta menarik: Wanita kelahiran Norwegia 19 Januari 2007, Banyak menghabiskan waktunya sebagai bintang sinetron di rumah produksi Sinemart yang berjudul Assalamualaikum Cinta. Judul-judul sinetron yang telah Alice bintangi lainnya antara lain : Wulan, Kasih, Diva, Putri Kembar, dan banyak lagi, 


Thumbs up to all the actors. I like all the characters. Dengar cerita, beberapa pelakon dalam filem ini dipilih berdasarkan ujibakat umum yang dijalankan di seantero pelosok Indonesia untuk mencari pelakon yang boleh membawa watak dengan terbaik. Maksudnya, filem ini tidak menggunakan pelakon2 Indonesia yang sedia ada untuk memegang watak di dalam filem ini. Idea yang menarik dan bagus. [Kesannya, setiap watak yang dibawa oleh pelakon kelihatan hidup dan menjadi. Contohnya, pelakon wanita yang berjilbab itu, sememangnya berjilbab di luar pengambaran.. Dibandingkan dengan sesetengah filem@drama yang berbentuk Islamic yang menggunakan watak wanita solehah di dalam filem, sedangkan di luar scene, indah rupa dari khabar, ligat mengalahkan Miss Universe punye stail! Sendiri mau ingat lar yer, x nak disclose drama mana2 kat malaysia ni]

Kehebatan filem ini tersrlah dengan beberapa selingan lagu tema yang begitu menarik dan tacing sekali. Antaranya lagu Ya Habibi [Melly Goeslow], Menanti Cinta [Krisdayanti], Haramkah [ ], dan Tuhan beri Aku Cinta [Ayusitha, GC paling suka lagu ni, ].

Credits to Ayusitha: Click here and enjoy the song!!! 

Penghargaan juga harus diberikan kepada pencetus idea untuk setiap baris skrip-skrip yang puitis dan menarik. Setiap skrip yang dipertonton begitu halus dan mampu memberi impak yang berkesan. Tahniah!!!...

Walaupun GC, tak pernah dilamun cinta sehebat cinta Zulaikha kepada Nabi Yusuf, Tidak semurni cinta dan kasih Khadijah kepada Nabi Muhammad S.A.W, namun Gc tetap mendapat cinta yang hakiki dan murni iaitu cinta kepada Allah S.W.T, cinta kepada Nabi Muhammad dan juga cinta dan kasih kepada kedua ibu bapaku, keluarga dan sahabat2 yang sejati.

Semoga, suatu hari nanti, cinta sejati akan tiba kedalam diari hidup GC.. Aminnn.. T_T

                                        
Tuhan Berikan Aku Cinta: Ayu Shita

Walau aku senyum bukan berarti
Aku selalu bahagia dalam hari
Ada yang tak ada di hati ini
Di jiwa ini hampa.

Ku bertemu sang Adam di simpang hidupku
Mungkin akan ada cerita cinta
Namun ada saja cobaan hidup
Seakan aku hina.

Tuhan berikanlah aku cinta
Untuk temaniku dalam sepi
Tangkap aku dalam terang-Mu
Biarkanlah aku punya cinta.

Tuhan berikanlah aku cinta
Aku juga berhak bahagia
Berikan restu dan halal-Mu
Tuhan beri aku cinta

Ku bertemu sang Adam di simpang hidupku
Mungkin akan ada cerita cinta
Namun ada saja cobaan hidup
Seakan aku hina

Tuhan berikanlah aku cinta
Untuk temaniku dalam sepi
Tangkap aku dalam terang-Mu
Biarkanlah aku punya cinta

Tuhan berikanlah aku cinta
Aku juga berhak bahagia
Berikan restu dan halal-Mu
Tuhan beri aku cinta

Entri ini akan bersambung [GC, 22/2/11, 11:47am]...