Galipotku Chubby: Just Want To Say T_T

Dengan lafaz keramat,
Bismillahirrahmannirrahim,
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani,
GC titipkan segala-galanya, bermain dan menari dengan kata-kata,
Salam ukhuwah dihulurkan kepada follower yang tersayang dan pelawat yang sudi singgah... TQVM..
Insyaallah, selagi diberi kesempatan menghirup nafas di muka bumi ini dan tiada aral melintang, GC akan setia update blog ini untuk tatapan anda semua...

Truly from the Heart: GC and Inc. Corporation.

Pengikut GC Paling Chenta ^_^

Jom Intai Galipotku Chubby T_T

Showing posts with label Layar Perak. Show all posts
Showing posts with label Layar Perak. Show all posts

Monday, February 28, 2011

GC Menari Kata 8: Gemersik Suara....... Sedetik Lebih^_^

Assalamualaikum w.b.t. GC hulurkan kepada semua pelawat blog ini,
Jutaan terima kasih GC ucapkan kepada kalian yang sudi singgah usha-usha blog ni..
TQVM...

Mood: Happy sangat [sebab GC dah dapat bukak Farmville kat Facebook ni.. Rindu rasanya nak bercucuk tanam kat Farmville ni.. Alhamdulillah.. Nasib baik GC punya ranking tetap Top 10 among others neighbour]
Unhappy [spoil mood]: GC rasa kurang sihat lar.. Badan rasa macam nak demam.. Fikiran bercelaru. Serabut.. Esok nak pergi praktikal lagi.. Bosan..

Sambil melayan mood yang tentu arah ni, GC pon melayan lagu yang tengah hits sekarang ni di corong-corong radio.. Lagu indah diselitkan dengan lirik-lirik yang penuh romantis dan puitis ini, telah didendangkan oleh GC punye beloved male singer in Malaysia, Anuar Zain.. [credits to my brother, Awie, for giving me this song via Bluetooth, credits too to my T707 phone that I can hear this song via MP3]..
Photo 1: You are the only one the best among the others... Thumbs up for your efforts...

Dibawah GC copy cat dari satu laman web lirik lagu Sedetik Lebih yang juga merangkap lagu OST untuk filem terbaru KRU, Hikayat Merong Mahawangsa. Layan setiap patah perkataan lirik ini dan hayati maksud yang tersirat di sebalik lagu ini. Check it outz:
Photo 2: Ramai-ramai pergi serbu panggung sebagai tanda sokongan anda kepada industri filem Malaysia dan Anuar Zain..

Sedetik Lebih: Anuar Zain

Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu
Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu.

Chorus:
Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa.

Kasihku…
Ku amat mencintai kamu
Kerana kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya.

Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya kamu
Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya kamu
….......................
Ciptaan: Edry Abdul Halim

Photo 3: Teruskan usaha anda sehingga ke mercu kejayaan tertinggi.. Gc always supporting you in this industry.. Teruskan untuk mendendangkan gemersik suaramu walaupun mendapat kritikan daripada pelbagai pihak. Close your eyes and just move forward... T_T
GC memang peminat number 1 Anuar Zain [AZ} diantara jutaan peminat yang lain.. Tak kira apa orang nak cakap pasal AZ, lantaklah sama diorang.. Mereka tidak pandai menghargai bakat istimewa seseorang seperti AZ.. Teruskan usaha dan jangan patah ke belakang or berhenti separuh jalan k.. Walaupun AZ jarang-jarang sekali menggondol anugerah-anugerah terhebat di mana-mana penganjuran majlis pengiktirafan artis terbaik, namun AZ tetap diberikan pengiktirafan yang teristimewa di hati peminat.. So, ignore about it and work more hardrer.. TQ......T_T

Thursday, February 24, 2011

GC Menari Kata 6: A Journey of Life

Photo 1: Never say Never the Words of "Give-Up'..^_^


Assalamualaikum w.b.t. GC tujukan kepada semua visitor-visitor yang dihormati dan dikasihi sekalian...

Tepat jam pukul 2:15 petang, GC mula click button new post untuk menambah kan lagi koleksi or blog archive untuk tatapan sahabat-sahabat semua. So, next time kalau terasa bosan tahap gaban, rajin2 lar melawat blog GC ni.. Menziarahi tu kan amalan yang mulia. nanti leh tanya2 khabar GC skali.. [Hehehehe]..

Fuhh, penat sesangat malam tadi. Gc punya turn untuk jaga kubikal akut malam tadi. Banyak benda yang GC harus buat kat patients di dalam kubikal akut tu. Dengan closed monitoring observation, glucose monitoring, GCS observation dan macam-macam lagi lar.. Senang cerita [kalau tak paham menatang apa yang GC cakap td tu, buat2 paham aje ye]..

Malam ni last time untuk night shift.. Tak sabar rasanya mau habiskan shift malam ni. Terseksa jiwa dan raga ni. Nak membuta dalam ward tak boleh, takut staff nurses komplen kat sister nanti. Tak pasal-pasal nanty, GC and the geng kene torture ngan CI nanti. Nak tidor pun, kene cover2 line. Sedih kan???

Entri kali ni, bukan lah nak citer al-kisah GC buat shift malam.. [panjang kan muqaddimah GC?] Tapi, nak stolly molly sikit pasal satu lagi drama Japan yang GC memang minat and salute habes!!!.. Nak dijadikan cerita, GC teringat al-kisah seorang pesakit yang GC jaga malam td kat kubikal akut.. Identiti dirahsiakan [confidentiality not be disclose], patient ini masih muda lagi, lingkungan unur 20 tahun, lelaki and berbangsa Melayu.. tersentuh jiwa dan perasaan di hati GC ni.. Pelbagai perkara yang berlegar-legar di benak fikiran ini.. Sayu dan hiba hati ini apabila melihat si ibu setia menemani si anak dengan penuh sabar dan harapan agar anaknya dapat pulih seperti remaja lain yang seusianya. GC turut berkongsi perasaan simpati terhadap nasib patient tuh.. Macam mane dengan masa hadapan dia? Sampai bila dia akan bergantung bantuan daripada ibunya? Bolehkan dia memiliki isteri dan membina sebuah keluarga? [Tak dapat nak dibayangkan segala persoalan itu.. Bergenang air mata apabila diingat kembali]. Ayuh!!.. Sahabat GC semua, kita doakan Allah akan memberi jalan yang terbaik untuk pesakit ini dan semoga cepat sembuh untuk meneruskan hidup yang masih panjang seperti sediakala.... Aminnn.

Photo 2: Beberapa scene yang begitu menyentuh perasaan dan memeberi kesan yang mendalam di jiwa GC.. Thumbs up for all the crews.
 Berkait dengan kisah patient GC tadi, mengingatkan GC tentang sebuah drama bersiri Japan yang memang GC kagumi dan favourites sangat. GC bagi ranking 5/5 starz untuk diz drama. 1 Litre of Tears tajuk drama ini diberi.. Kalau sahabat2 semua dah tonton drama ini, pasti sahabat jugak akan menitiskan 5 kali ganda liter air mata. Suka GC tengok drama ni. Sampai hari ini, GC dah menonton lebih kurang 5 kali dengan menitiskin berbaldi-baldi air mata apabila setiap kali GC tengok kat Lappy kesayangan GC [nama lappy GC adalah Huggy.. Baru jer bagi name ni..]..


Photo 3: Main actors, Heroin and Hero T_T


Al-kisahnya hampir serupa [quite similar] dengan kisah patient GC td. Menghidapi penyakit kronik di usia muda adalah sesuatu fakta yang sukar diterima baik bagi pihak diri sendiri atau ahli keluarga yang lain.. memang pepatah ada mengatakan berpantang maut sebelum ajal. Penyakit sekarang telah dimodenised mengikut peredaran masa dan zaman. Tidak mengira usia muda atau tua. [contoh yang paling dekat, cataract selalu dikaitkan  dengan peningkatan usia, penghidap diabetis yang kronik.. Tetapi, GC sendiri baru saja lepas buat pembedahan mat kanan disebabkna cataract sedangkan GC masih muda dan mentah [sweet 21 lagi kot.. Hahaha].. So, jangan cakap usia muda, kita tak perlu beringat. Ok!]..
Photo 4: Family is Everything....


Disaat dan ketika itu, sokongan moral dari kelurga amat diperlukan. GC kagum dengan nilai-nilai kehidupan yang ditonjolkan dalam drama bersiri Japan itu. Sesungguhnya, keluarga itu adalah orang yang paling rapat dan kenal tentang perasaan kita. So, utamakan keluarga dari girlfren or boyfren kamu semua k... Huhuhu..


Photo 5: Beberapa photo Aya yang begitu comel untuk tatapan sahabat2 GC semua. Jangan copy cat plak ok!... T_T
Photo 6: Sweet!!! Kan best kalau diorang betul2 couple kat dunia realiti..

Photo 7: Haruto berjaya membawa watak hero yang sangat berkesan dan mendalam bagi diri GC..

Photo 8: Mengisahkan tentang Haruto seorang yang begitu menyayangi haiwan dan alam semula jadi. [Haruto bersam anjing peliharaan Aya, Ganmo]..

Photo 9: Nothing to say.. Just nice..

Semangat yang ditunjukkan oleh Aya[pesakit@heroin] yang menghidap penyakit Spinocerebellar Athrophy [betul ke spelling ni.. hentam je..] untuk menempuh hari0hari yang sukar begitu menyentuh perasaan dan jiwa ini. Tidak pernah mengenal erti putus harapan dan menyalahkan takdir sehingga hari terakhirnya untuk bernafas di muka bumi in..
Photo 10: True Love VS Fake Love.
Photo 11: I hate so much this guy!
Mengenai persoalan cinta, ditunjukkan dengan begitu halus dan berkesan apabila disini berlakunya rejection or avoidance daripada oarng yang kita cintai atau sayangi. Cinta ayng tulus dan sejati hanya akan berlaku apabila seseorang itu akn bersama dengan kita di waktu senang dan sukar, normal atau cacat, suka atau sedih.. [Geram dengan senpai yang bengong.. Bila orang dah sakit, buang suka hati macam sampah!!!].

Banyak yang GC dapat pelajari daripada drama ini, semuanya tentang nilai kehidupan.. "Never say give-up!!!"... Teruskan usaha dalam menempuh hidup yang penuh mencabar.. Syukurilah apa yang kita miliki sekarang ini sebelum ianya ditarik oleh Allah S.W.T.. Jangan persiakan segala nikmat dan kesempaatn yang telah diberi dan gunakanlah ia untuk kebaikan diri sendiri dan insan sekeliling..

This entry was updated. The end!!! [GC, 25/2/11, 10:36PM].













Tuesday, February 22, 2011

GC Menari Kata 3: Cinta dan Anugerah

Assalamualaikum pembuka bicara sebelum madah ditebar selebarnya...

Entri kali ini agak janggal dan pelik bagi diri GC.
Mane tak nyer, "Cinta".. Apa tuh? Secara jujurnya [pengakuan berani] GC tidak pernah sama sekali falling in love.. Cinta monyet tu memang ada. Sebagai manusia yang mempunyai hati dan perasaan, pasti lar GC pernah menyukai dan menyayangi someone kan?

Introducing: Ketika Cinta Bertasbih ^_^
 Mungkin entri mengenai cinta ini tercetus disebabkan lately GC memang tangkap layan lentok ngan satu movie ni. Ketika Cinta Bertasbih sinetron dari Indonesia yang telah diadaptasi dari sebuah novel hasil nukilan daripada cetusan idea Habiburrahman El Shirazy. Ternyata adaptasi daripada novel yang mendapat pengiktarafan jualan naskah terbanyak mampu membawa filem ini di mercu kajayaan bagi pengarah dan semua krew-krew yang terlibat. Filem arahan Chaerul Umam ini membuka mata GC tentang ketulusan cinta yang suci daripada Illahi menerusi sudut pandang Islam yang begitu menyentuh jiwa dan perasaan.

Credits to the filem director and all the crew untuk scene-scene yang begitu menarik dan indah. Disini, GC dapat menyelami keadaan sebenar yang berlaku kepada semua pelajar yang menuntut di Al-Azhar, Mesir. Socio-budaya, kepercayaan dan tradisi masyarakat Mesir dapat diperlihatkan di dalam setiap scene filem ini. Congrats.

M. CHOLIDI ASADIL ALAM as KHAIRUL AZZAM
Fakta menarik: Dilahirkan pada 30 Mac 1989 [sebaya dengan GC rupenya.. Kihkihkih..] di Pesuruan, Indonesia. Setelah lulus SMA di Jakarta tahun 2007 lalu, ia memilih untuk mendalami agama di Pondok Pesantren Darul Islah.
Tinggi 185cm dan berat 80kg. Pencapaian terbaik: Juara I Peragaan Busana Muslim Jombang [th.2000], Juara I Cak&Yuk Cilik Kab. Pasuruan; Juara I Peragaan Busana Muslim se-Jawa Timur [2001]; Juara I Duta Olahraga DKI [2005]; Duta Wisata Pulau Seribu; Juara I Liga Sepak Bola Pelajar Jak-Sel; Juara II Karate Se-DKI [2006]; Juara I Turnamen Voli Tingkat SMU [2006 & 2007].

OKI SETIANA DEWI as ANNA ALTHAFUNNISA
Fakta Menarik:  
Dara kelahiran Batam 13 Januari 1989, awalnya mendaftar untuk memerankan karakter Husna. 
Oki adalah seorang mahasiswi semester 3 di Sastra Belanda Fakultas Ilmu Budaya Universitas Indonesia. 
 Pencapaian Terbaik: Putri Bunga Argadia Tingkat Nasional di Jakarta; Unggulan Covergirl Aneka Yess [2003]; Princess Fotogenic Hotel Mulia Panorama Batam [2004]; Juara I Busana Muslim “Anak Negeri Lancang Kuning” se-Kepulauan Riau; Juara II Speech Contest tk. SLTA se-Jabodetabek PPPG Bahasa, 2nd Winner Debating Constest tk. Provinsi Jawa Barat [2005]; Mahasiswa Baru Terbaik “Orientasi Kehidupan Kampus” UI [2007]; Aktris Terbaik Festival Teater “Petang Kreatif” FIB UI 2008.



ANDI ARSYIL RAHMAN PUTRA as FURQAN
Fakta Istimewa:  
Berasal dari Makassar kelahiran 15 September 1987. Mahasiswa di STIMIK Dipanegara, juga sebagai Duta Pariwisata Kota Makassar. Pencapaian Terbaik: Juara 3 Lomba Fisika “The Most Creative Student”; Juara I Wajah IT; Juara I Duta Kawasaki [2007]; Busana Terbaik ke-2 Lomba Busana Adat tk. Nasional di TMII; Juara I Pemilihan Dara & Daeng [2008]; Juara II Pemilihan Model Makassar Terkini; Duta Pariwisata Kota Makassar Sulawesi Selatan.

ALICE SOFIE NORIN as ELIANA PRAMESTHI ALAM
Fakta menarik: Wanita kelahiran Norwegia 19 Januari 2007, Banyak menghabiskan waktunya sebagai bintang sinetron di rumah produksi Sinemart yang berjudul Assalamualaikum Cinta. Judul-judul sinetron yang telah Alice bintangi lainnya antara lain : Wulan, Kasih, Diva, Putri Kembar, dan banyak lagi, 


Thumbs up to all the actors. I like all the characters. Dengar cerita, beberapa pelakon dalam filem ini dipilih berdasarkan ujibakat umum yang dijalankan di seantero pelosok Indonesia untuk mencari pelakon yang boleh membawa watak dengan terbaik. Maksudnya, filem ini tidak menggunakan pelakon2 Indonesia yang sedia ada untuk memegang watak di dalam filem ini. Idea yang menarik dan bagus. [Kesannya, setiap watak yang dibawa oleh pelakon kelihatan hidup dan menjadi. Contohnya, pelakon wanita yang berjilbab itu, sememangnya berjilbab di luar pengambaran.. Dibandingkan dengan sesetengah filem@drama yang berbentuk Islamic yang menggunakan watak wanita solehah di dalam filem, sedangkan di luar scene, indah rupa dari khabar, ligat mengalahkan Miss Universe punye stail! Sendiri mau ingat lar yer, x nak disclose drama mana2 kat malaysia ni]

Kehebatan filem ini tersrlah dengan beberapa selingan lagu tema yang begitu menarik dan tacing sekali. Antaranya lagu Ya Habibi [Melly Goeslow], Menanti Cinta [Krisdayanti], Haramkah [ ], dan Tuhan beri Aku Cinta [Ayusitha, GC paling suka lagu ni, ].

Credits to Ayusitha: Click here and enjoy the song!!! 

Penghargaan juga harus diberikan kepada pencetus idea untuk setiap baris skrip-skrip yang puitis dan menarik. Setiap skrip yang dipertonton begitu halus dan mampu memberi impak yang berkesan. Tahniah!!!...

Walaupun GC, tak pernah dilamun cinta sehebat cinta Zulaikha kepada Nabi Yusuf, Tidak semurni cinta dan kasih Khadijah kepada Nabi Muhammad S.A.W, namun Gc tetap mendapat cinta yang hakiki dan murni iaitu cinta kepada Allah S.W.T, cinta kepada Nabi Muhammad dan juga cinta dan kasih kepada kedua ibu bapaku, keluarga dan sahabat2 yang sejati.

Semoga, suatu hari nanti, cinta sejati akan tiba kedalam diari hidup GC.. Aminnn.. T_T

                                        
Tuhan Berikan Aku Cinta: Ayu Shita

Walau aku senyum bukan berarti
Aku selalu bahagia dalam hari
Ada yang tak ada di hati ini
Di jiwa ini hampa.

Ku bertemu sang Adam di simpang hidupku
Mungkin akan ada cerita cinta
Namun ada saja cobaan hidup
Seakan aku hina.

Tuhan berikanlah aku cinta
Untuk temaniku dalam sepi
Tangkap aku dalam terang-Mu
Biarkanlah aku punya cinta.

Tuhan berikanlah aku cinta
Aku juga berhak bahagia
Berikan restu dan halal-Mu
Tuhan beri aku cinta

Ku bertemu sang Adam di simpang hidupku
Mungkin akan ada cerita cinta
Namun ada saja cobaan hidup
Seakan aku hina

Tuhan berikanlah aku cinta
Untuk temaniku dalam sepi
Tangkap aku dalam terang-Mu
Biarkanlah aku punya cinta

Tuhan berikanlah aku cinta
Aku juga berhak bahagia
Berikan restu dan halal-Mu
Tuhan beri aku cinta

Entri ini akan bersambung [GC, 22/2/11, 11:47am]...