Galipotku Chubby: Just Want To Say T_T

Dengan lafaz keramat,
Bismillahirrahmannirrahim,
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani,
GC titipkan segala-galanya, bermain dan menari dengan kata-kata,
Salam ukhuwah dihulurkan kepada follower yang tersayang dan pelawat yang sudi singgah... TQVM..
Insyaallah, selagi diberi kesempatan menghirup nafas di muka bumi ini dan tiada aral melintang, GC akan setia update blog ini untuk tatapan anda semua...

Truly from the Heart: GC and Inc. Corporation.

Pengikut GC Paling Chenta ^_^

Jom Intai Galipotku Chubby T_T

Showing posts with label About Me. Show all posts
Showing posts with label About Me. Show all posts

Wednesday, August 3, 2011

GC Menari Kata 24: ♥ Ramadhan 2011 ♥

::: Salam :::
Pejam celik, pejam celik, Ramadhan tiba datang lagi ~ Bersyukur GC panjatkan ke hadrat Ilahi kerana diberi peluang dan kesempatan untuk merasai nikmat keberkatan di bulan yang mulia ini ~ Awal Ramdhan 2011 bermula pada hari Isnin/ i Ogos 2011 ~ Dan tepat pada hari ini berjaya sudah GC dan kawan2 semua menjalankan ibadah puasa untuk hari yang ke-3 ~ 


Rindu rasanya, nak bersahur & berbuka puasa bersama family kesayangan di rumah ~ Memang terasa sangat perbezaan suasana apabila berpuasa di hostel dengan di rumah ~ Huhuhu ~ X sabar nye nak balik hujung weekend ni ~ 


Rasanya, sampai situ je lah celoteh GC pada entry kali ini ~ Btw, GC nak say sorry sangat2 sebab dah lama x update blog ni ~ Pesanan dari GC ~ Semoga Ramadhan kali ini membawa seribu erti dan makna kepada diri kita ~


::: SELAMAT BERPUASA DAN JANGAN LUPA TOPUP AMAL IBADAT DAN KEBAIKAN :::

Thursday, April 21, 2011

GC Menari Kata 20: Welcome Back To Me!!!


Assalamualaikum w.b.t. GC ucapakan kepada follower2 GC yang terbaekkk, sahabat2 unline yang sudi melawat laman blog GC ni…

Rindu rasanya GC kat blog Galipotku Chubby ni.. Lama dah x update blog nih.. Biasalah kan!! Student’s life ni x menentu.. Bila masa free tuh, mmg free sangat2.. Sampai dah naik bosan.. Tapi, bila dah mase busy tuh, rasa stress nak mamfus.. X boleh nak tahan kott.. Asemen, praktikal.. Nak ber’facebuk pon kene curik2.. Hahaha [ketawa sebentar].

Hari ni, GC dah ada kat umah [Khamis, 21.04.11, 11:15PM], cuti sempena selepas praktikal. N sebelum masuk short sem [sem 9].. So, dapat lah GC merehatkan badan, emosi dan perasaan yang tengah bercelaru ni..  Yang x syoknya, ada satu lagi asemen yang menunggu untuk disiapkan bile naik short sem nanti.. Rasa stress lar pulak bila memikirkannya….

So, dalam masa 3 minngu ni, macam2 benda yang GC nak buat.. nak tidor puas2, nak makan masakan mak, nak tengok tb astro, nak kacau Pika, hahahaha.. Memang best dari semua xtvt2 yang lain..
Btw, kesian pulak GC tengok anak2 ikan GC yang ada dalam Gallipot kecil tu.. Kurus kering aje badan diorang tuh.. Mmg malnutrition dah diorang semua itu.. GC nak ask a favour lah kat kawan2 semua yang datang singgah kat laman blog GC ni.. Rajin2lah tangan itu, untuk mengclick mouse u all yang comel itu.. Bagi anak2 ikan GC ini makan ok!!!..

So, Welcome Back To Me!!... Lepas ni, GC akan cuba untuk merancakkan lagi laman blog GC yang terchenta ni.. Teruskan sokongan sahabat2 semua terhadap blog GC ni.. Dengan sokongan anda semua, GC rasa lebih semangat untuk bercoleteh di laman blog GC ini..

Tuesday, March 8, 2011

GC Menari Kata 13: Going To I.C.U???___/\__/\/\____/\_/\______/\_/\____

Assalamualaikum GC ucapkan kepada semua...
Tak penat and lelah GC ucapakn salam sebelum memulakan seribu kata dan frasa...
Sebelum GC membuka mulut, membebel tak tentu arah...
So, lebih baik GC sampaikan salam kepada semua follower tersayang and pelawat yang sudi singgah usha2 blog GC ini...

Entri GC kali ni: baca tajuk tuh betul2? Ooucchh.. Bukan GC yang admit dekat ICU taw.. Mintak2 dijauhkan lah.. Errmm... GC just pergi buat praktikal dekat ICU dalam 1 minggu ini.. Belum habis lagi praktikal kitorang.. Total ada 8 weeks, ni baru masuk minggu ke-3.

Apakah perasaan GC sebelum buat praktikal dekat ICU?
Seriously.. Jujur dari hati, nervous giler sebelum masuk ICU tu. Mana tak nyer, before ni, tak pernah lagi attach dekat ICU. Yang paling menambahkan adrenaline dalam badan ni, CI kitorang tak follow.. So, tak ade clinical innstructor yang aakn assisst and follow kami. Sister menggantikan tempat CI.. Sister kottt...


Medical Officer, Sister and Staff Nurses ok ker?
Errrmmmm.. Bagi GC semuanya ok jer.. Sister macam biasa. Garang and tegas memang sifat wajib untuk seorang yang ada titile sister. MO pon ok aja. Yang paling best, staff nurses dia. Tip top.. I like it.. [TQVM coz banyak ajar GC yang sengal ini]...


Procedures apa yang ada kat ICU tu?
Macam biasa lah. Neuro ICU kan.. GCS, suction mmg selalu. Feeding.. Mostly semua dikawal oleh mesin-mesin digital. Hourly observation... 


Sekarang? Macam mana?
Ok lah.. dah boleh adapt.. Tak delah nervous macam mula-mula masuk hari tu.. And, enjoy praktikal kat sana..


P/s: Most of the patients was critical and need closed observation and critical care.. Simpati bila tengok patient yang tak sedarkan diri, bergantung pernafasan.. Terasa macam mana pula kalau benda itu terjadi kepada diri kita suatu hari nanti.. Lagi sedih dan pilu, apabila melihatkan harapan si ibu dan ahli keluarga yang lain yang datang menziarahi pesakit dengan merayu dan memanggil-manggil nama pesakit untuk sedarkan diri dan membuka mata walaupun sekejap...


Ya Allah, semoga Kau limpahkan rahmat kepada HambaMu, dan beroleh keselamatan didunia dan akhirat selalu  Amin.

Saturday, March 5, 2011

GC Menari Kata 11: I Lurve My Fabulous Family *_*|*_*

Photo 1: Inilah photo family kesayangan GC... Kalau u all nak tahu, Gc ada letak 1 item kat label blog GC ini, 10 orang terpenting kan??? Inilah orang ataupun insan yang paling GC sayang.. Berdiri dari belakang: Zulkafli B balin [ayah Gc yang tersayang], Mohd Azahar Shaukani [husband kakak GC@abang ipar GC], Mimi Baizura Bt Zulkafli [Kakak yang sulong@Along Mimi] and Norsabariah Bt Omar {emakku yang terchenta] Duduk barisan hadapan: Mohd Sufriadha B Zulkafli [Awie@number 4], Mohd Iziwan B Zulkafli [angah Iwan], Mimi Nursyafiqqa Bt Zulkafli [aik yang bongsu@Pika], Shahiza Sheriff [wife Angah Iwan] and Myself@GC lah Tiada dalam gambar: Muhammad Danish Furqan B Mohd Iziwan [anak Angah Iwan dan Kak Za].. P/S: Cuba cari dimana Danish berada dalam photo ini? Siapa yang dapat jawab dengan betul, hadiah menarik menanti anda!!! *_*

Assalamualaikum w.b.t. GC ucapkan kepada semua...
Salam dihulur sebagai tanda pembuka kata...
Diharap semuanya berada dalam keadaan sihat dan baik-baik saja...
And teruskan sokongan anda dengan cara melawat, komen n jadi follower blog GC ni...
Entri kali ini yang akan distolly mollykan oleh GC menegenai sesuatu yang sangat istimewa bagi diri GC...
Orang ataupun insan yang akan selalu berada dekat dengan GC..
Dalam situasi susah, senang, kalut, mencabar, sedih, putus harapan dan etc..
Yang sukar sekali untuk kita tagih dari insan lain..
Ianya dikenali sebagai keluarga, family ataupun apa jua panggilannya..
Maksudnya tetap sama.. Insan ataupun orang yang mempunyai pertalian darah dan paling dekat dengan diri kita..
Bagi diri GC sendiri, Alhamdulillah... GC dikurniakan dengan bilangan ahli keluarga yang serba lengkap.. GC ada emak and ayah yang penyayang dan mengasihi, kakak sulong yang sangat memikirkan kebajikan adik2nya, abang yang cool and kelakau, GC yang ditengah-tengah, adik lelaki yang boleh jadi teman gaduh and kamcing, n adik perempuan yang sangat degil and selalu jadi mangsa ejekan aku dikala stress... TQVM everyone... *_*
GC tak tahu nak cakap apa-apa..
Bersyukur kepada Allah S.W.T kerana telah anugerahkan GC ahli keluarga yang terbaekk...
Banyak kenangan manis dan pahit telah kami lakr bersama..
Terlalu banyak untuk direncanakan di entri ini..
GC sayang ketat-ketat kamu semua...
Semoga hubungan yang telah terjalin akan mekar sehingga ke akhirnya..
.......................................................................................................
Al-kisanya, Jumaat baru-baru ini [4/3/11] GC and adik2 keluar jalan-jalan dengan kakak and husband dia..
Pergi teman ambil photo kahwin diorang.. 
Kitorang ni memang kaki ngikot kemana jua..
Dari sebelum kawen, sampailah dah kawen.. [tak tahu apa nak jadi kan?]
Kitorang pergilah menaiki kereta Saga [Momo] kearah Seremban, Plaza Ampangan coz dah buat temujanji dengan photographer kat situ..
Sambil nak tunggu photographer tuh datang, kitorang pun jalan-jalan per
gi ronda Giant kat dalam tu... JUmpa pulak denga satu kedai selipar.. Singgah and usha2 lar... Menarik... Setiap sorang dapat satu selipar.. Awie belanja [adik aku number 4].. Aku belanja Pika [adik bongsu] satu selipar.. tak tahu kenapa mood aku nak belanja dia.. Aku rasa aku sangat berkira dengan diorang.. Aku ingin belikan apa saja jikalau aku mempunyai banyak duit nanti..
Thanks so much coz belikan selipar facebook yang comelll.. *_*
Dah tu, pergi ke meja makan tempat kami berjumpa dengan photographer tu, and sembang-sembang..
Sampai mengantuk mata GC ni dengar photographer ni berceloteh... Otw balik, singgah pergi makan. Susah sangat nak pilih restoran kat Ampangan tu, last2 pergi jugak tapau ayam kat kedai orang tua [KFC]..
Balik n makan kat umah dengan mak. Kesian mak tunggu lama and sorang2.. Ayah dah pergi ofis dia.. [huhuhu]..


Ini mungkin cerita biasa aja kan, setiap family pun akan buat benda yang sama mcm family GC.. Tapi, GC nak lakarkan kenangan di blog GC ini untuk tatapan semua orang.. Ini kerana GC berbangga untuk memiliki family macam ini.. That's all [X kesah orang kat luar sana nak cakap poyo ataupun kerek.. Ada aku kesah?? hahahahaha...]..


GC akan upload photo family GC nanti..
but, not now...
Nantikan kemunculannya ok!!!


[This entry will be updated]




Wednesday, March 2, 2011

GC Menari Kata 10: GC, Headache & Neuro!!!

Assalamualaikum GC ucapkan kepada semua follower[gaya macam ramai follower jer.. kerek sehh] and pelawat yang rajin singgah usha blog GC ni.. TQVM to u all..
Pertama sekali, GC nak mintak maaf banyak-banyak sebab GC tak update blog ni [cehhh.. macam lama sangat pulak tak update..]. Semalam GC macam rasa tak sihat.. Tak tahu kenapa.. Kepala rasa macam berat, pening di bahagian kepala [belah kanan] and badan jadi sengal-sengal.. Badan rasa panas dibahagian tengkuk dan badan. Kat kepala tak obvious sangat panasnya.. [kepada bakal-bakal doktor tu, silalah buat diagnosis untuk GC ok!!!].. Maybe, pagi Selasa masa GC otw nak pergi tunggu bus dekat KFC tuh, GC kena hujan yang sangat dahsyat sampai kuyup baju uniform GC.. Kesian kan? [menagih simpati]..


So, apa yang berlaku pada hari ini [Selasa, 2/3/11] pada GC?
Macam biasa.. Pergi praktikal. Bangun pagi seawal jam 5 pagi, mandi dan terus bersiap-siap untuk tunggu bas.. Walaupun badan rasa x sedap lagi, pening pon tak hilang [walaupun dah telan Panadol soluble satu biji sebelum tidur] tapi sebagai seorang student nurse yang cemerlang, tetap GC gagahi untuk melangkah pergi ke praktikal.. Pepatah Melayu ada mengatakan: bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian.. Betul tak? Lagipun, pergi sana pun untuk berbakti.. dapat tambah saham untuk akhirat nanti..


Apa perkara-perkara menarik yang berlaku di ward tadi?
Macam biasa.. Patient semalam yang berlagak [yang baru dapat transfer dari kubikal ke first class] tu pon dah ok.. Mood dia agak tenang tak macam semalam.. GC kena halau dengan pt ni masa nak ambil observation.. Dah lar masuk bilik dia macam nak jumpe sultan mana-mana, terketar-ketar tangan GC ni bawak BP set dan lain-lain.. [sabar je lah..].. Banyak assist budak-budak junior.. tengok diorang perform procedure kat patients.. so, diorang request GC untuk assisst diorang [sebenarnya, diorang lebih mintak teman aje..]..


Macam mana doctors and staff nurses kat ward tu?
Ok jugak.. Enjoy lah kerja dengan diorang.. Diorang lebih kepada mendidik.. Biasalah student macam kami ni kan.. Banyak benda yang kami tak tahu.. So, just tanya dari diorang, diorang akan tunjuk macam mana nak buat.. [X macam dekat ward sebelumnya, semua nak torture kami.. Ayat yang selalu digunakan oleh mereka-mereka ini... U all kan student "digeri", takkan benda macam ini pun x boleh nak buat?... sambil buat muka ketat minta dilempang laju-laju..]. Doctor dia pun semuanya sweet lah.. Okey jugak.. Tak kerek.. Happy aje tengok muka diorang.. [GC admire sangat dekat 3 orang doctor kat situ.. hehehe...]..


Apakah yang berlaku selepas habis shift pada pukul 2 petang itu?
Macam biasa, penat giler-giler.. dah tak boleh nak cakap apa.. kaki rasa macam nak tercabut... ku gagahi jua.. otw, nak pergi ambil beg ni dekat bilik rehat staff nurses, Miss I akan tolong ambilkan beg kami.. Gc pon menghampiri bilik tu, kesian tengok Miss I angkat beg banyak-banyak.. Tak terniat langsung nak masuk bilik tu and tengok or intai staff nurses yang ada kat dalam tu..
Tiba-tiba ada suara sumbang:
Mr R: Fiszi, jangan masuk lah.. [dengan nada yang memang sakit hati..
GC: menjawab dengan geram.. I know lar.. Tak payah nak bagitahu pun.. Stupid .. GC tahu lar my limit.. I am Muslim and I know the limitations.. Sibuk nak ajar orang..
Terus spoil mood GC tau time tu....
tapi, simpan je lah....


Sekarang apa yang berlaku?
Errmmm... Dah puas tidur tadi.. Pening kepala pun ade kurang sikit.. Hopefully, semuanya ok saja-saja.. Aminn.. Ya Allah, berikanlah kesihatan yang baik kepada diriku ini.... Semuanya doakan GC ok-ok saja taw...


Kalau diberi kesempatan, GC akan terus update blog ini..
See u.........










Tuesday, March 1, 2011

GC Menari Kata 9: The Story of Si Chalot vs Si Chobet... T_T

Assalamualaikum w.b.t. GC hulurkan sekali lagi kepada semua pelawat yang usha blog ini..
Semoga dengan kehadiran semua pelawat yang dimuliakan ini, dapatlah sedikit sebanyak memeriahkan blog GC yang tak seberapa ni..
GC akui, blog GC ni taklah sehebat blogspot yang lain yang mempunyai jutaan follower kat luar sana.. GC ni bukanlah sesiapapun, bukan ahli politik, bukan juga artis terkenal and handsome lagi jambu, dan juga bukan couple or pasangan orang terkenal seperti couple pemain bola and etc. [Hahaha.. No comments..].

Tinggal beberapa detik lagi, kita semua akan meninggalkan Februari untuk tahun 2011 ini.. Segala kenangan yang telah terlakar haruslah disemat elok-elok dalam hati kita semua. Segala peristiwa pahit dan hitam, haruslah kita jadikan pengajaran dan iktibar untuk menjadikan kita lebih matang untuk menempuh hari-hari sukar yang akan datang. Aminnn..
Welcome to the club March.. Semoga segala pengisian bermanfaat dapat dilakukan pada bulan ini ok!...

Entri kali ini, GC nak stolly molly sikit pasal al-kisah Si Chalot dan juga Si Chobet.. Ini bukanlah satu kisah dongeng yang GC nak share macam story2 yang selalu kita ceritakan pada budak-budak masa diorang nak tidur.. Ini adalah sebuah kisah mengenai dua makhluk Allah yang paling dekat dengan GC [almost 24 jam GC akan bersama dengan Si Chalot and Si Chobet ni].. GC takkan mengaddresskan dua insan ini dengan nama sebenar mereka atas dasar ingin menjaga sensitiviti or identiti mereka berdua ini..

Al-kisahnya begini, GC dan Si Chalot [bukan nama sebenar] ni dah hidup bersama hampir 3 tahun. Memang lar. Kami ini satu class.. So, ditakdirkan GC dan Si Chalot pon ditempatkan dalam satu room. For the first time GC saw him, dia macam ok, nampak nurd and innocent.. GC pon bersyukur coz dapat roomate dengan dia.. Lagi satu, dia ni x merokok. So, memang sesuai sangat lar nak stay ngan GC..

Kami hidup macam biasa, room kami boleh muat dalam 3 orang.. Seorang demi seorang masuk kedalam bilik GC ni, tapi kebanyakan daripadanya tak ada yang stay lama. Yang paling lama adalah dalam satu bulan.. Then, diorang akan keluar dari bilik GC.. Ada yang nak duduk dengan classmate lar, nak duduk 1 negeri lar n macam-macam lagi..[Alasan.]

Sehinggalah Si Chobet [bukan nama sebenar] datang berpindah ke bilik kami dengan alasan dia harus berpindah bilik kerana biliknya akan dijadikan bilik kelas and lab [biasa lah.. private college memang huru-hara sikit..] Yang ini, barulah stay lama dekat bilik GC ni, sehinggalah sekarang..

Sebab apa GC bagi tajuk Si Chalot vs Si Chobet, sebab diantara dua orang ini memang terlalu banyak perbezaan diantara satu sama lain.. Jujur GC katakan, GC berasa sangat gembira dan bahagia apabila Si Chobet berada di bilik berbanding Si Chalot.. [Sorry, I've to say honestly!!!]...

Let me tell one by one ok..
About Si Chalot: Dia ni macam blurr sikit orangnya, not really matured being [walaupun umur dah meningkat tua dari GC ini], tak sensitive tentang perasaan orang lain, penyibuk pasal hal-hal peribadi orang lain dan banyak lagi..


About Si Chobet: Sifatnya bertentangan dengan Si Chalot lar.. Lebih sensitive dan memahami perasaan orang lain, sense of humour, dan menyenangkan orang yang berada di sekeliling...


GC tahu, not everybody born as a perfectionist.. But at least, we can be alert and almost to it.. Alert about others people feeling and tought.. Kita duduk di bumi Allah bersama-sama, jangan ingat dunia ini awak sorang yang punya.. Setiap perkara yang kita lakukan, orang sekeliling akan menilainya. Start from the basic, barulah tengok yang advance sikit ok.. GC doakan semoga Si Chalot sedar akan apa yang telah dilakukannya, banyak perkara yang dibuat yang telah mengguris hati dan perasaan GC ini.. Semoga Allah memberi jalan kepadanya agar cepat berubah.. Aminnn..

This entry will be continued [GC, 3.2.11, 7:42PM]...

Monday, February 28, 2011

GC Menari Kata 8: Gemersik Suara....... Sedetik Lebih^_^

Assalamualaikum w.b.t. GC hulurkan kepada semua pelawat blog ini,
Jutaan terima kasih GC ucapkan kepada kalian yang sudi singgah usha-usha blog ni..
TQVM...

Mood: Happy sangat [sebab GC dah dapat bukak Farmville kat Facebook ni.. Rindu rasanya nak bercucuk tanam kat Farmville ni.. Alhamdulillah.. Nasib baik GC punya ranking tetap Top 10 among others neighbour]
Unhappy [spoil mood]: GC rasa kurang sihat lar.. Badan rasa macam nak demam.. Fikiran bercelaru. Serabut.. Esok nak pergi praktikal lagi.. Bosan..

Sambil melayan mood yang tentu arah ni, GC pon melayan lagu yang tengah hits sekarang ni di corong-corong radio.. Lagu indah diselitkan dengan lirik-lirik yang penuh romantis dan puitis ini, telah didendangkan oleh GC punye beloved male singer in Malaysia, Anuar Zain.. [credits to my brother, Awie, for giving me this song via Bluetooth, credits too to my T707 phone that I can hear this song via MP3]..
Photo 1: You are the only one the best among the others... Thumbs up for your efforts...

Dibawah GC copy cat dari satu laman web lirik lagu Sedetik Lebih yang juga merangkap lagu OST untuk filem terbaru KRU, Hikayat Merong Mahawangsa. Layan setiap patah perkataan lirik ini dan hayati maksud yang tersirat di sebalik lagu ini. Check it outz:
Photo 2: Ramai-ramai pergi serbu panggung sebagai tanda sokongan anda kepada industri filem Malaysia dan Anuar Zain..

Sedetik Lebih: Anuar Zain

Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu
Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu.

Chorus:
Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa.

Kasihku…
Ku amat mencintai kamu
Kerana kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya.

Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya kamu
Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya kamu
….......................
Ciptaan: Edry Abdul Halim

Photo 3: Teruskan usaha anda sehingga ke mercu kejayaan tertinggi.. Gc always supporting you in this industry.. Teruskan untuk mendendangkan gemersik suaramu walaupun mendapat kritikan daripada pelbagai pihak. Close your eyes and just move forward... T_T
GC memang peminat number 1 Anuar Zain [AZ} diantara jutaan peminat yang lain.. Tak kira apa orang nak cakap pasal AZ, lantaklah sama diorang.. Mereka tidak pandai menghargai bakat istimewa seseorang seperti AZ.. Teruskan usaha dan jangan patah ke belakang or berhenti separuh jalan k.. Walaupun AZ jarang-jarang sekali menggondol anugerah-anugerah terhebat di mana-mana penganjuran majlis pengiktirafan artis terbaik, namun AZ tetap diberikan pengiktirafan yang teristimewa di hati peminat.. So, ignore about it and work more hardrer.. TQ......T_T

Saturday, February 26, 2011

GC Menari Kata 7: Berakhirnya Suatu Penantian Dan Kesengsaraan T_T

Assalamualaikum w.b.t GC ucapkan kepada semua yang melawat laman blog ini, 
Terima kasih kerana sudi singgah walaupun sekejap..
Macam biasa, sebelum tidur, GC takkan senang hati kalau tak post kat blog ni dulu... So, petang tadi GC sudahpun selamat sampai di rumah. Rindu rasanya kat semua orang [baru je tak balik 2 minggu, tapi macam dah tak balik bertahun2.. melampau..].


Lokasi: Di kampung halaman GC di Kg.Daching, Lenggeng, N.Sembilan [rumahku, syurgaku..].
Hari: Sabtu..
Masa: 12:53 am.
Tarikh: 26.2.2011



Errmm... Fuhhh.. Menarik nafas lega GC sekarang ni.. Akhirnya tempoh 3 hari night shift untuk praktikal tamat jua. Alhamdulillah, syukur kepada Allah s.w.t kerana GC dan rakan-rakan yang lain dapat menyempurnakan tempoh praktikal ini dengan jayanya.. Thank you Allah!!!.. Tiada sebarang kejadian yang ganjil dan tidak diingini berlaku.. Syukur.. Kalau sahabat2 semua nak tahu, hari kedua GC and rakan2 yang lain, ada satu kisah yang agak menyeramkan.. U all semua berani ke nak dengar citer GC ni?? Macam biasa, selepas habis buat semua benda, settle everything, GC dan kawan2 akan pergi break dalam lingkungan pukul 1am-2am. So, tempat lepak kitorang kat pantri@bilik sediakan makanan pesakit.. So, kami akan makan supper and hilangkan penat lelah kat situ lar.. Kawan girl saya [Miss I] pon cakap dekat sorang staff nurse yang kitorang nak pergi break dulu..




Miss I: Staff nurse, kami nak pergi break dulu ni.. Boleh?
Staff Nurse: Errmmm.. Okey.. U all pergi lar rest dulu k.. Kakak x nak lar dera u all buat kerja pulak.. U all nak rehat kat mane?
Miss I: Kitorang makan kat pantri lar.. Errmm.. Kenapa?
Staff Nurse: Ohhh... U all tak "takut' ker makan kat situ? Makan je lah dekat dalam bilik rawatan ni? [Bertanya sambil buat muke tak bersalah..]
Miss I: #*/#$#@&^$##$*$.... [Terpaku..!]...
[Perbualan ini disaksikan oleh GC and Mr.R[classmate lagi sorang]..

So, kami pun melangkah pergi ke oantri.. Terdiam sejenak semuanya.. Tiba2 Miss I membuka mulut... lalu berkata:
Miss I: Saya rasa tak sedap hati pulak.. kenapa staff nurse tu cakap pasal tu? Saya dah mula berfikir bukan2..
GC: Alahhh.. Cube tengok kat tingkap tuh... Bnyak orang.. Pak Guard melambak-lambak.. Polis pon ada jaga kat pintu masuk.. [GC saja cakap macam tu.. Nak menyenangkan hati semua orang.. sedangakan "benda tu" bila2 aje boleh datang.. polis wataniah pon bioleh tewas...GC pon dah seram sejuk time tuh sebenarnya]..
Mr.R mencelah...
Mr.R: Alah bha [orang Sabahan].. Buat apa mau takut.. Rileks saja.. Hospital mana ada apa-apa [menunjukkan keegoan sebagai seorang lelaki ar kunun.. Pirahhhh..].
Samapai je kat pantri, GC membaca banyak2 doa dan kalimah Allah s,w,t dalam hati.. Takut2 jugak.. Minta Allah s.w.t jauhkan semuanya yang tak diundang..]..
Alhamdulillah, semuanya ok.. Kami makan dengan penuh khusyuk.. Senyap dan sunyi sepi .. Tak seperti malam sebelumnya. !5 minit berlalu, kami segera meninggalkan pantri itu dengan secepat mungkin.. Tak senang hati duduk situ lama2 walaupun penat dan lelah belum hilang lagi... Fuhh...


p/s: Rasa tertekan and stress dengan staff nurse yang cakap benda tu.. Nasib baik semuanya ok. Sabar je larh.. Cara dia cakap macam tu, mcm dialog cerita seram taw.. meremang kot bulu roma... Tamat cerita pasal tu..

Cuma, ada beberapa kesan untuk 3 hari berturut-turut shift malam ini:
Quality tidur GC terjejas.. Balik pagi2, bukannya dapat tidur.. Kepala jadi pening..
Kaki melecet, sakit dan lenguh [badan GC berat sangat kot.. Banyak berjalan, tanpa henti!!.. kurus GC kalo shift malam setahun ni.. Hehehe].
Tanda-tanda/simptom-simptom untuk demam mula kelihatan.. Arrgghhh.. [Nasib baiklah GC skarang ni kat umah.. bolehlah bermanja-manja ngan mak..].
But, banyak juga yang GC boleh belajar bile buat shift malam ini. Gc dapat mengendalikan beberapa keadaan pesakit yang kritikal. GC dapat jaga pesakit di kubikal akut. Kalau buat shift pagi, sister takkan allow kitorang masuk kubikal akut tuh. Kononnya, untuk safety precautions. kedekut!..
Banyak benda GC boleh belajar, suasana tak sibuk and kelam kabut dengan bermacam2 situasi.. Dapat mengenali and merapatkan hubungan dengan staff nurses yang lain bile buat shift malam..
GC and classmate pun dapat buat kerja dengan aman dan tenteram. Best jugak.. So, night duty has its advantages and disadvantages.. Is it fair?
Beberapa photo sempat kami snap2 time pukul 2-3am dalam ward.. Time ni memang dah free.. Patients pun semua dah membuta.. Check it out k..

Saksikan senarai pelakon-pelakon yang membintangi sinetron seram romantik:

GC: Sebagai hero pertama...

Miss I: Sebagai heroin dalam sinetron ini.. Selalu mengeluarkan ayatyang pelik-pelik.. Seperti: Ehhh.. Ape ni? [dengan riak muka yang tak bersalah]

Mr.R [berasal dari Sabah. merangkap hero yang kedua, bersikap ego dan sombong..]
Tidur, tidur... Miss I sampai tak sedarkan diri..

Dari pandangan sisi tepi.. Tidur lah kamu.. Hahahaha..
Miss I pada malam yang pertama.. Masih cergas dan aktif..

This entry was closed for any editing [GC, 26/2/11, 1:37am]...

Wednesday, February 23, 2011

GC Menari Kata 5: Budak Comel @ Gallipot Junior (T_T)

Photo 1: Credits to my roomate, Azlan, for giving me Picasa software in editing this image! GC like this photo ^_^

Assalamualaikum w.b.t. kepada semua pelawat-pelawat laman sesawang GC yang disayangi [ceh..ceh.. ayat manis]...

Malam td dah buat night shift, balik je hostel terus mencari katil dan comforter kesayangan. Dan terbungkang macam badak air [upppss.. jatuhkan saham sendiri nampak].

Tup.. tup... bangun pukul 12 setengah tengah hari, makan brunch pas2 pon online facebook and usha2 blog GC.. Mana lah tahu ada perkembngan terbaru ker, comments ker, or new follower ker? Malangnya, meleset.. Follower tu ada lar due orang.. No comments received. Sedihh [Maybe, GC punyer entry tak berapa menarik kot.. GC bukan artis terkenal ke, Badboy group ke, Korean artist ker.. [Tak kesah, asalkan aku happy].

Nak tidur balik kejap lagi, tp nak jugak update blog ni before membuta atas katil kesayangan.. Errmm.. malam ni GC kena buat night shift lagi.. Fuhh.. letih siot kata ko...

Kalau sahabat2 semua nak tau, GC dah ade Gallipot junior taw. Gallipot Jr. Fuhh.. Smart gile seyhh.. Comel budak ni.. [tengok la Uncle dia siapa kan?]..

Muhammad Danish Furqan, dilahirkan pada 6 Disember 2010, hari Isnin [malam Awal MUharram].. Dilahirakn seberat 2.9kg di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban. [GC lagi berat lagi.. hahaha]..

Alhamdulillah, dipanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah s.w.t kerana dengan limpah rezeki mengurniakan keluarga GC seorang lagi ahli baru dalam keluarga kami menggantikan pemergian Muhammad Adam Zaquan yang telah meninggalkan kami lebih awal dari masanya [abang kepada Danish yang meninggal dunia disebabkan keguguran ketika berusia 7 bulan kandungan. Al-Fatihah..].

Diharap, dengan kelahiran Danish, dapat memberi seribu erti kenahagiaan dan rahmat barakah kepada seluruh ahli keluarga GC.. Amin Ya Allah..

Di bawah, diselitkan beberapa foto terkini Muhammad Danish Furqan Bin Mohd Iziwan.^_^

Photo 2: Ini photo yang diambil semasa Danish baru sahaja dilahirkan. [Merah je lagi muka dia tuh].

Photo 3: Tengok tu, dah pandai nak bukak mata pulak. Menguap nak tidur.
Photo 4: Amboi.. Bahagia betul budak Danish ni. Geram GC tengok. Bnyak cantik sambil saloon rambot boleh disuap botol susu kat mulot. Bertuah punya budak T_T

Photo 5: Comel Credits to this photo. Sabar menunngu.. Good boy.!

Photo 6: Hahahaha.. Handsome kah saya? Bangga betul rambut dah licin...

Photo 7: Gallipot Jr @ Danish Furqan
Photo 8: Danist tiba di kampung setelah duduk kat Serting selama 2 bulan. Melepaskan rindu GC and family kat budak Danish ni..
Photo 9: Seronoknya tengok dia tidur.. Rasa macam mau picit2 saja pipi dia.. Tembam dan memang chubby..
Photo 10: Ala busuk masam... Kesian kena mandi dengan nenek.. Nenek pun teringin jugak nak mandikan Danish. Dah lame yer tak mandikan budak kecik....

Photo 11: Danish buat muka kasihan.. Mintak dikeluarkan dari basin mandi dia. Sejuk ye? Danish busuk kena mandi bagi wangi.. T_T
Photo 12: Pesanan: Gambar ini tidak sesuai ditonton oleh kanak-kanak berumur bawah 18 tahun.. Bagus.. Danish tahu malu. Tutup tempat private. Mana boleh kasi tengok sama orang!!!.
Photo 13: Danish bersama nenek tersayang, Norsabariah binti Omar. Suka lar ada orang mandikan dia. Manja lar konon..


This entry will be continued [GC, 24/2/11, 1:57PM]....

Sunday, February 20, 2011

GC Menari Kata 1: ^_^...New Blog: Introducing A New Ones "Galipotku Chubby"...^_^

Assalamualaikum w.b.t kepada sahabat yg melawat:

Ahlan Wasahlan saya ucapkan kepada semua sahabat2 yang sudi singgah di laman blog bru saya ni..
Dinyatakan beberapa faktor yg mmbuatkn saya tergerak hati untuk melakar satu laman blog yang baru. {Saja nak penuhkn search web kat Mr.Google].

Pertama-tamanya, sebab saya beranggapan sy punye blogspot address terlalu panjang dan agak thrill untuk disimpan dalam memori kita.
Kalau anda mampu ingat address ni, saya akan tabik sepering lar.. kata ko.!
mehypnotictraumanaluridendamtakdir.blogspot.com/ [Ini pon aku copy and paste kat Search web, punye lar panjang]... Hahahaha.. gelak sendiri.

Second, maybe sebab aku nak design lain and something fresh dekat blog aku ni. Aku nak satu laman blog yang dpt mmberi bnyak faedah kat anda semua dan mnceritakan semua tentang diriku ini. {X mau selindung2 lg]..

Okeylah, sahabat2 semua. dngan ini Ismi Hafiszi mngucapkan selamat melayari laman blog yang baru ini k. Sebarang komentar, cadangan dan kritikan, amatlah saya alu2kan untk mmperbaiki segala klemahan diri ini. Just dropkn kat ruangan kosong kt bwah tu k [mcm korang semua x taw je]..
Blog ini akan diupdate dari mase ke semasa, berdsarkan keavaiblity-an masa saya. [biasalah full student]..

Dan satu lagi, saya akan menggunakan nama pena atau nama manje kat blog ni sebagai Galipotku Chubby [GC] untuk mmbhasakan diri ini. So, nanti anda semua jngan plak terkejut and kaget k. Dan, saya.. Ishhkk.. GC lar.. Ok2. GC suke mnggunakan istilah sahabat untuk meng'addresskan' pelawat2 blog ini. [so, nampak lenih friendly ckit kn? Betul x?]....

Akhir kata, selamat berjumpa lagi ok...T_T
Wasalam w.b.t