Galipotku Chubby: Just Want To Say T_T

Dengan lafaz keramat,
Bismillahirrahmannirrahim,
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani,
GC titipkan segala-galanya, bermain dan menari dengan kata-kata,
Salam ukhuwah dihulurkan kepada follower yang tersayang dan pelawat yang sudi singgah... TQVM..
Insyaallah, selagi diberi kesempatan menghirup nafas di muka bumi ini dan tiada aral melintang, GC akan setia update blog ini untuk tatapan anda semua...

Truly from the Heart: GC and Inc. Corporation.

Pengikut GC Paling Chenta ^_^

Jom Intai Galipotku Chubby T_T

Thursday, February 24, 2011

GC Menari Kata 6: A Journey of Life

Photo 1: Never say Never the Words of "Give-Up'..^_^


Assalamualaikum w.b.t. GC tujukan kepada semua visitor-visitor yang dihormati dan dikasihi sekalian...

Tepat jam pukul 2:15 petang, GC mula click button new post untuk menambah kan lagi koleksi or blog archive untuk tatapan sahabat-sahabat semua. So, next time kalau terasa bosan tahap gaban, rajin2 lar melawat blog GC ni.. Menziarahi tu kan amalan yang mulia. nanti leh tanya2 khabar GC skali.. [Hehehehe]..

Fuhh, penat sesangat malam tadi. Gc punya turn untuk jaga kubikal akut malam tadi. Banyak benda yang GC harus buat kat patients di dalam kubikal akut tu. Dengan closed monitoring observation, glucose monitoring, GCS observation dan macam-macam lagi lar.. Senang cerita [kalau tak paham menatang apa yang GC cakap td tu, buat2 paham aje ye]..

Malam ni last time untuk night shift.. Tak sabar rasanya mau habiskan shift malam ni. Terseksa jiwa dan raga ni. Nak membuta dalam ward tak boleh, takut staff nurses komplen kat sister nanti. Tak pasal-pasal nanty, GC and the geng kene torture ngan CI nanti. Nak tidor pun, kene cover2 line. Sedih kan???

Entri kali ni, bukan lah nak citer al-kisah GC buat shift malam.. [panjang kan muqaddimah GC?] Tapi, nak stolly molly sikit pasal satu lagi drama Japan yang GC memang minat and salute habes!!!.. Nak dijadikan cerita, GC teringat al-kisah seorang pesakit yang GC jaga malam td kat kubikal akut.. Identiti dirahsiakan [confidentiality not be disclose], patient ini masih muda lagi, lingkungan unur 20 tahun, lelaki and berbangsa Melayu.. tersentuh jiwa dan perasaan di hati GC ni.. Pelbagai perkara yang berlegar-legar di benak fikiran ini.. Sayu dan hiba hati ini apabila melihat si ibu setia menemani si anak dengan penuh sabar dan harapan agar anaknya dapat pulih seperti remaja lain yang seusianya. GC turut berkongsi perasaan simpati terhadap nasib patient tuh.. Macam mane dengan masa hadapan dia? Sampai bila dia akan bergantung bantuan daripada ibunya? Bolehkan dia memiliki isteri dan membina sebuah keluarga? [Tak dapat nak dibayangkan segala persoalan itu.. Bergenang air mata apabila diingat kembali]. Ayuh!!.. Sahabat GC semua, kita doakan Allah akan memberi jalan yang terbaik untuk pesakit ini dan semoga cepat sembuh untuk meneruskan hidup yang masih panjang seperti sediakala.... Aminnn.

Photo 2: Beberapa scene yang begitu menyentuh perasaan dan memeberi kesan yang mendalam di jiwa GC.. Thumbs up for all the crews.
 Berkait dengan kisah patient GC tadi, mengingatkan GC tentang sebuah drama bersiri Japan yang memang GC kagumi dan favourites sangat. GC bagi ranking 5/5 starz untuk diz drama. 1 Litre of Tears tajuk drama ini diberi.. Kalau sahabat2 semua dah tonton drama ini, pasti sahabat jugak akan menitiskan 5 kali ganda liter air mata. Suka GC tengok drama ni. Sampai hari ini, GC dah menonton lebih kurang 5 kali dengan menitiskin berbaldi-baldi air mata apabila setiap kali GC tengok kat Lappy kesayangan GC [nama lappy GC adalah Huggy.. Baru jer bagi name ni..]..


Photo 3: Main actors, Heroin and Hero T_T


Al-kisahnya hampir serupa [quite similar] dengan kisah patient GC td. Menghidapi penyakit kronik di usia muda adalah sesuatu fakta yang sukar diterima baik bagi pihak diri sendiri atau ahli keluarga yang lain.. memang pepatah ada mengatakan berpantang maut sebelum ajal. Penyakit sekarang telah dimodenised mengikut peredaran masa dan zaman. Tidak mengira usia muda atau tua. [contoh yang paling dekat, cataract selalu dikaitkan  dengan peningkatan usia, penghidap diabetis yang kronik.. Tetapi, GC sendiri baru saja lepas buat pembedahan mat kanan disebabkna cataract sedangkan GC masih muda dan mentah [sweet 21 lagi kot.. Hahaha].. So, jangan cakap usia muda, kita tak perlu beringat. Ok!]..
Photo 4: Family is Everything....


Disaat dan ketika itu, sokongan moral dari kelurga amat diperlukan. GC kagum dengan nilai-nilai kehidupan yang ditonjolkan dalam drama bersiri Japan itu. Sesungguhnya, keluarga itu adalah orang yang paling rapat dan kenal tentang perasaan kita. So, utamakan keluarga dari girlfren or boyfren kamu semua k... Huhuhu..


Photo 5: Beberapa photo Aya yang begitu comel untuk tatapan sahabat2 GC semua. Jangan copy cat plak ok!... T_T
Photo 6: Sweet!!! Kan best kalau diorang betul2 couple kat dunia realiti..

Photo 7: Haruto berjaya membawa watak hero yang sangat berkesan dan mendalam bagi diri GC..

Photo 8: Mengisahkan tentang Haruto seorang yang begitu menyayangi haiwan dan alam semula jadi. [Haruto bersam anjing peliharaan Aya, Ganmo]..

Photo 9: Nothing to say.. Just nice..

Semangat yang ditunjukkan oleh Aya[pesakit@heroin] yang menghidap penyakit Spinocerebellar Athrophy [betul ke spelling ni.. hentam je..] untuk menempuh hari0hari yang sukar begitu menyentuh perasaan dan jiwa ini. Tidak pernah mengenal erti putus harapan dan menyalahkan takdir sehingga hari terakhirnya untuk bernafas di muka bumi in..
Photo 10: True Love VS Fake Love.
Photo 11: I hate so much this guy!
Mengenai persoalan cinta, ditunjukkan dengan begitu halus dan berkesan apabila disini berlakunya rejection or avoidance daripada oarng yang kita cintai atau sayangi. Cinta ayng tulus dan sejati hanya akan berlaku apabila seseorang itu akn bersama dengan kita di waktu senang dan sukar, normal atau cacat, suka atau sedih.. [Geram dengan senpai yang bengong.. Bila orang dah sakit, buang suka hati macam sampah!!!].

Banyak yang GC dapat pelajari daripada drama ini, semuanya tentang nilai kehidupan.. "Never say give-up!!!"... Teruskan usaha dalam menempuh hidup yang penuh mencabar.. Syukurilah apa yang kita miliki sekarang ini sebelum ianya ditarik oleh Allah S.W.T.. Jangan persiakan segala nikmat dan kesempaatn yang telah diberi dan gunakanlah ia untuk kebaikan diri sendiri dan insan sekeliling..

This entry was updated. The end!!! [GC, 25/2/11, 10:36PM].













No comments:

Post a Comment